Karnival Maxis eKelas 2019

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 ogos 2019, Maxis eKelas telah menganjurkan sebuah program yang bernama Karnival Maxis eKelas 2019 yang disertai lebih kurang 220 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku yang bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar ilmu melalui guru yang mahir dan berpengalaman dalam penyampaian tips dalam menjawab soalan peperiksaan terutamanya yang melibatkan 2 subjek iaitu English dan Matematik dalam Bengkel Peperiksaan tersebut.

Sepanjang bengkel dijalankan, pelajar-pelajar yang datang juga diberikan peluang untuk mendaftar portal eKelas supaya memudahkan mereka dalam pembelajaran. Program ini adalah hasil daripada kerjasama Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana ia dijalankan di Pusat Internet mereka yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti-komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali