Program Advokasi bersama komuniti Biro Wanita Kampung sekitar Niah

11 March 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta dari Persatuan Biro Wanita Kampung Sekitar Niah. Program ini telah menumpukan hanya kepada golongan surirumah dan tidak bekerja sahaja. Tujuan sebenar program ini dibuat adalah untuk mendedahkan kepada golongan tersebut kepada komponen-komponen advokasi yang perlu dititik beratkan pada masa kini.

Antara yang ditekankan ialah, cara-cara untuk menentusahkan maklumat yang dilihat di laman maya betul ataupun tidak. Disamping itu, memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di PI Niah Suai dan pendedahan e-waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali