Komuniti Bersama Bank Simpanan NAsional(BSN)
14 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada hari selasa bertarikh 13 Mac 2018, Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menjemput PI Niah Suai untuk menyertai acara hari bersama komuniti yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Kita (SK Kita). Tujuan Pihak BSN mengundang PI Niah Suai unuk datang bersama memeriahkan majlis tersebut, bertujuan untuk memperkenalkan kepada golongan ibu – bapa bahawa PI Niah Suai merupakan agen sah pihak BSN.
Dikesempatan itu juga, PI Niah Suai mengambil peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di PI Niah selain daripada bertindak sebagai agen rasmi BSN. Pada hari tersebut, seramai 30 orang golongan ibu-bapa yang telah hadir bagi bertanyakan mengenai pembukaan akaun, jenis-jenis pembayaran yang boleh dibuat di PI Niah Suai, pembukaan akaun sspn-i dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: