Kelas Asas ICT : Microsoft Word (Kertas Kerja)
22 July 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 July 2018 hari sabtu, seramai 10 orang peserta telah menghadiri kelas asas ICT yang telah dianjurkan oleh PI Niah Suai yang dihadiri oleh pelajar tingkatan satu dan tiga. Tujuan kelas ini diadakan merupakan unuk mendedahkan peserta dengan asas ICT agar boleh digunakan di masa hadapan kelak. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada konsep asas klik dengan bijak (KDB).
Peserta yang datang diajar bagaimana untuk membuat kertas kerja dengan betul mengikut panduan yang telah diberikan. Banyak input yang telah diterapkan seperti memperkenalkan kepada internet browser apa yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Pelajar juga didedahkan secara terperinci bagaimana untuk membuat jadual dan menggunakan fungsi papan kekunci sepenuhnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: