Program Kursus KOSPEN

13 July 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11-12 July 2018 hari rabu dan khamis, seramai 17 orang peserta dari penduduk setempat dan warga rumah panjang telah menghadirkan diri. Tujuan kursus KOSPEN ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada transformasi masyarakat umum yang sihat untuk meningkatkan kesihatan penduduk Malaysia. Ia juga bertujuan untuk mengajar sukarelawan (GSIM) kospen akan aplikasi Moves (data saringan) serta mempelajari penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti.

Perlaksanaan Komuniti Sihat Perkasa Negara [KOSPEN] berdasarkan sistem sukarelawan daripada komuniti dan sukarelawan dari komuniti bertindak sebagai egen yang menjadi pemangkin bagi menyeragamkan komuniti kearah gaya hidup yang sihat bagi menghindar penyakit yang tidak berjangkit terus berleluasa. Terdapat beberapa skop penting KOSPEN yang dijalankan, antaranya pemakanan yang sihat, aktiviti sihat melalui aktiviti fizikal, gaya hidup tanpa merokok dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali