Program Code Of Hour 2018 Kerjasama SK Kita & Pusat Internet
17 July 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 July 2018 hari isnin, seramai 22 orang peserta termasuk 2 orang guru pengiring telah menyertai program CODE OF HOUR 2018 yang bertempat di Pusat Internet Niah Suai. Tujuan program adalah untuk mendedahkan mendedahkan pelajar dalam memperkenalkan pengaturcaraan (coding) dan asas sains computer (computer science) di sekolah dalam cara yang menyeronokkan lantas dapat memupuk minat dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan menyediakan mereka untuk menghadapi pasaran kerja baru ekonomi digital dan sebagai langkah untuk memupuk semangat belajar dan pemikiran komputasi di kalangan pelajar dimana ia merupakan sebahagian daripada pembudayaan inovasi digital yang sedang giat dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia secara pembelajaran formal dan aktiviti kokurikulum dalam usaha menyediakan para murid untuk pekerjaan abad ke-21.
Semua murid dari semua peringkat umur boleh menyertai aktiviti ini selagi penyediaan keperluan asas lengkap samada menggunakan infrastruktur sedia ada di sekolah ataupun luar. Semua murid haruslah melengkapkan Hour Of Code secara individu dengan menggunakan konsep 1 Murid : 1 Komputer secara serentak dimana sekolah/infrastruktur lain (pusat internet) haruslah memastikan mempunyai kemudahan capaian internet dan internet browser seperti google chrome, internet explorer ataupun Mozilla firefox.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: