Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia Bersama Komuniti 2018 (MIV 2018)
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21-23 September 2018 hari jumaat hingga ahad, sebanyak 10 Pusat Internet (PI) telah menyertai bengkel tersebut. Setiap PI yang terlibat dikehendaki menghantar 4 orang peserta sukarelawan mewakili setiap PI yang terlibat. Dengan minimum Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai syarat asas kelayakan seramai 52 peserta sukarelawan telah mendaftarkan diri.
Banyak intipati yang telah diperolei melalui bengkel sukarelawan yang dihadiri. Sepanjang bengkel, sukarelawan didedahkan dengan initipati-intipati seperti pengenalan kepada inisiatif MCMC yang disampaikan oleh MCMC Pejabat wilayah Sarawak sendiri.
Sukarelawan yang hadir juga didedahkan dengan perkongsian produk & perkhidmatan POS Malaysia yang disampaikan oleh pegawai pos Malaysia sendiri. Pada sebelah tengah hari pulak didedahkan dengan sesi E-Bayaran (PayNet) oleh Encik Mohd Khairuan Abdul Rahman. Pada sebelah petang, disambung pula dengan taklimat kemahiran insaniah : berkomunikasi dan berinteraksi oleh Puan Siti Mariani Hamlin wakil dari syarikat Jiwa Besar.
Taklimat diakhiri dengan pengenalan kepada fotografi dan videografi yang disampaikan oleh Encik Alfi Hazimi Aidel dari Senimatic Studio dan sesi pemasaran menggunakan media sosial / Social Media Marketing yang disampaikan oleh Encik Mohammad Hafidz Rohani dari Iana Corporation Sdn Bhd.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: