Kelas Celik ICT & Menjadi Pembeli Bijak
17 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun 2018 pada hari sabtu, dari jam 2 petang sehingga jam 4 petang, kelas keselamatan menggunakan internet dan pembelian atas talian diadakan di bilik latihan Pusat Internet (PI). Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk mencegah generasi muda dari terus ditipu oleh peniaga atas talian dan membeli dengan secara bijak.
Pengurus PI telah memilih medium Shopee sebagai contoh unuk diajarkan. Banyak manfaat yang peserta perolehi dari kelas yang dibuat. Antaranya, keselamatan apabila menggunakan internet dan bagaimana menjadi pembeli yang bijak.
Disamping itu juga, peserta diajar bagaimana PI boleh memudahkan pembayaran mereka apabila ingin menggunakan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet (PI).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: