Train The Trainer PI Intel’s Digital Inclusion Program Refresher 2017
13 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Bahagian Miri dan Bintulu telah mengikuti kursus Train The Trainer PI Intel’s Digital Inclusion Program Refresher 2017 yang bertempat di Pusat Internet Kampung Lambir. Kursus ini telah dilaksanakan selama 4 hari bermula 9 Mac sehingga 12 Mac 2017 yang dihadiri oleh semua Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 8 PI.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan membuka minda semua pekerja Pusat Internet di Miri dan Bintulu tentang INTEL Easy Step dan Keusahawanan. Ilmu yang diperolehi disarankan untuk dikongsikan bersama komuniti setempat. Disamping itu kelebihan yang diperolehi oleh semua yang terlibat adalah memberikan semangat dan kefahaman yang lebih tentang Modul Intel untuk tahun 2017. Membuka minda dan pendedahan kepada semua pekerja PI tentang Intel. Melahirkan komuniti dan usahawan yang celik IT dan berjaya dalam bidang yang diceburi dan mewujudkan kerjasama antara pengurusan PI di Miri dan Bintulu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: