Program Taklimat Minda Siri Kerjasama Pusat Internet Niah Suai, PDRM dan Jabatan Penerangan
05 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniJabatan Penerangan Daerah Niah bekerjsama dengan Pusat Internet Niah Suai dan Polis diraja Malaysia daerah Miri menjayakan program Program Taklimat Minda Siri yang melibatkan penyertaan sebanyak 50 orang komuniti termasuk staff daripada jabatan yang terlibat. Program ini dilaksanakan di Dewan Masyarakat Kampung Sepupok pada 4 Mac 2017 yang lalu.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman kepada tetamu yang hadir mengenai jenayah siber seperti penipuan wang ringgit, penjualan organ dalaman manusia dan dadah. Disamping itu program ini turut memberikan pendedahan dan pendekatan kepada golongan ibu bapa agar lebih memantau keselamatan dan penggunaan telefon pintar dikalangan anak – anak terutama remaja sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: